Thursday, January 19, 2006

Mesyuarat Bersama Ahli Ke2

15 January 2006

Pihak Protem telah mengadakan satu lagi perjumpaan bersama ahli pada 15 January iaitu hari ahad. Seramai 20 org sahaja yang datang walaupun begitu ahli-ahli telah bersepakat dan bersetuju dengan perlembangan yang telah ahli protem wujudkan dan juga logo alumni smtm. Mesyuarat tersebut berlangsung pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 4 petang. Dengan persetujuan tersebut pihak protem akan menghantar borang pendaftaran ROS dalam masa terdekat nanti. Dibawah ialah gambar logo yang akan di hantarkan kepada ROS nanti.



Pihak Protem telah pun mewujudkan satu forum bagi para-para ahli berbincang dan memberi pendapat masing-masing bagi membantu memperbaiki kelemahan yang ada di dalam organisasi ini. Sila lawati ke Forum Alumni
bagi memberi pendapat anda juga berbincang mengenai informasi lain.

Tuesday, January 03, 2006

Permohonan Sokongan daripada Pengetua Sekolah

3 Januari 2005

Pihak Protem telah mengunjungi Sekolah Menengah Teknik Matang hari ini untuk berjumpa dengan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Matang pada pukul 11 pagi. Perjumpaan Pihak Protem disambut dengan gembira oleh Pengetua Sekolah apabila Pihak Protem memberi cadangan untuk menubuhkan satu Persatuan Alumni SMTM pertama yang akan ditubuhkan nanti.

Semasa Pihak Protem menyuarakan cadangan kepada pengetua, beliau dengan rasa penuh yakin dan gembira menyatakan bersetuju menyokong Pihak Protem 101%. Beliau menyatakan yang beliau berbesar hati membantu Pihak Protem jika ingin menganjurkan apa2 aktiviti di Sekolah nanti.

Selain daripada itu, Pihak Protem telah mendapatkan calendar tahunan daripada Sekolah bagi membincangkan program atau aktiviti yang sesuai di dalam tahun ini juga. Pihak Protem juga telah mendapatkan beberapa maklumat dari sekolah dan akan membentangkan semasa mesyuarat Ke-2 nanti.


Pandangan dari tempat letak kereta Pejabat AM Sekolah Menengah Teknik Matang.



Ini pula piala2 yang pernah dimenangi oleh Sekolah Menengah Teknik Matang, Kebanyakkan piala ini pada tahun 1996,2001-2005.



Ini pula papan notis serta carta organisasi Sekolah Teknik Matang serta maklumat atau mengumuman lain.


Selepas itu, pihak protem pergi ke Registrar Of Society (ROS) untuk mendapatkan maklumat daripada mereka untuk mengetahui cara-cara penubuhan suatu persatuan dengan betul. Pihak Protem telah mendapatkan borang daripada ROS dan akan menghantarkan borang tersebut dalam masa terdekat.

Monday, January 02, 2006

Tempat Mesyuarat Bersama Ahli Ke-2

Mesyuarat kedua akan membincangkan mengenai AJK alumni yang baru dan juga aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut.

Tarikh : 15 Januari 2005
Tempat : Pustaka Negeri Sarawak
Masa : 2 Petang



Mesyuarat Bersama Ahli

1 Januari 2006

Pihak protem telah mengadakan mesyuarat di pustaka pada pukul 2 petang berdekatan cafe pustaka. Hanya 15 ahli yang pergi menghadiri mesyuarat ini. Ini merupakan langkah baru bagi protem menubuhkan suatu persatuan alumni khasnya untuk pelajar bekas Sekolah Menengah Teknik Matang

Agenda yang telah dibincangkan ialah:-

1. Yuran telah dipersetujui sebanyak RM10.
2. Logo telah pun dipilih bagi logo rasmi alumni smtm.
Dibawah ini adalah lakaran logo Alumni SMTM, Jika anda mempunyai sebarang idea, Sila email kepada kami pihak protem. Idea anda akan kami simpan dan fikirkan semasa mesyuarat nanti.




3. AJK Protem telah pun dipilih dan dipersetujui.
4. Permohonan sokongan dari pihak sekolah persetujui.



Ini dia Cikgu Rashid yang juga guru penasihat sementara bagi protem kami. Beliau datang memberi sokongan dan nasihat kepada semua ahli2 yang ada dalam mesyuarat ini.




Inilah ahli2 yang datang pada mesyuarat tersebut. Ahli2 ini terdiri daripada bekas pelajar aliran teknik dan juga vokasional. Walaupun hanya sebilangan sahaja ahli yang datang pada mesyuarat ini, pihak protem akan berusaha mengumpulkan lagi lebih ramai ahli seberapa yang boleh. Bagi bekas Sekolah Menengah Teknik Matang yang pernah mengunjungi laman ini sila berikan maklumat anda ke email alumnismtm@yahoo.com.my atau hubungi ke nombor 0198483979 (Shah).