Tuesday, January 03, 2006

Permohonan Sokongan daripada Pengetua Sekolah

3 Januari 2005

Pihak Protem telah mengunjungi Sekolah Menengah Teknik Matang hari ini untuk berjumpa dengan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Matang pada pukul 11 pagi. Perjumpaan Pihak Protem disambut dengan gembira oleh Pengetua Sekolah apabila Pihak Protem memberi cadangan untuk menubuhkan satu Persatuan Alumni SMTM pertama yang akan ditubuhkan nanti.

Semasa Pihak Protem menyuarakan cadangan kepada pengetua, beliau dengan rasa penuh yakin dan gembira menyatakan bersetuju menyokong Pihak Protem 101%. Beliau menyatakan yang beliau berbesar hati membantu Pihak Protem jika ingin menganjurkan apa2 aktiviti di Sekolah nanti.

Selain daripada itu, Pihak Protem telah mendapatkan calendar tahunan daripada Sekolah bagi membincangkan program atau aktiviti yang sesuai di dalam tahun ini juga. Pihak Protem juga telah mendapatkan beberapa maklumat dari sekolah dan akan membentangkan semasa mesyuarat Ke-2 nanti.


Pandangan dari tempat letak kereta Pejabat AM Sekolah Menengah Teknik Matang.



Ini pula piala2 yang pernah dimenangi oleh Sekolah Menengah Teknik Matang, Kebanyakkan piala ini pada tahun 1996,2001-2005.



Ini pula papan notis serta carta organisasi Sekolah Teknik Matang serta maklumat atau mengumuman lain.


Selepas itu, pihak protem pergi ke Registrar Of Society (ROS) untuk mendapatkan maklumat daripada mereka untuk mengetahui cara-cara penubuhan suatu persatuan dengan betul. Pihak Protem telah mendapatkan borang daripada ROS dan akan menghantarkan borang tersebut dalam masa terdekat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home