Monday, March 20, 2006

Mesyuarat ke-3

Pihak Alumni sudah mendaftar kepada ROS dan ia dinamakan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Matang. Mesyuarat telah dijalankan pada 13 March 2006 dan seramai 12 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut. Pihak Alumni telah mengedarkan borang-borang keahlian kepada semua ahli yang datang dan pihak alumni mengharapkan anda semua mendaftar dan membayar yuran tahunan. Untuk maklumat lanjut sila emelkan atau menelefon kepada Encik Saiful (0138324653) dan Encik Mohammad Shah Rizan (0198483979) untuk maklumat lanjut mengenai bayaran tersebut. Pihak Alumni meminta maaf jika anda semua tidak dihubungi mengenai mesyuarat ke-3. Ini kerana pihak Alumni terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar dan tidak sempat menghubungi anda semua dalam masa yang terdekat. Pihak Alumni akan cuba mencari satu masa yg sesuai untuk berbincang mengenai Perlancaran yang mungkin dijadualkan pada April ini. Pendapat anda semua amat kami hargai jika anda mempunyai pendapat bagi pelancaran ini sila emel dan hubungi nama seperti di atas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home