Saturday, December 31, 2005

Alumni Sekolah Menengah Teknik Matang

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Alumni SMTM ialah satu persatuan terbaru dibuat khas untuk alumni SMTM. Matlamat Alumni SMTM ialah mengumpul semula bekas pelajar-bekas pelajar SMTM tidak kira dari aliran Teknik mahupun Vokasional. Laman ini akan menjadi satu laman rasmi Alumni SMTM dan semua aktiviti akan dipaparkan di dalam laman ini.

SMTM asalnya adalah sebuah sekolah vokasional. Ia kemudiannya dinaik taraf kepada sekolah teknik dengan ambilan pelajar pertama pada tahun 1996.Sekolah ini menawarkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKEE) dan Pengajian Kejuruteraan Jentera (PKJ) serta beberapa jurusan vokasional lain yang sudah ditawarkan sebelum penaik tarafan sekolah. Peperiksaan utama, SPM yang pertama ialah pada tahun 1997.